Wednesday, June 24, 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya.Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.Guru itu berkata,"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.

Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.. Faham?" Tanya Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..."Gurunya meneruskannya......"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ...." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun"."Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

Inilah zaman orang-orang Ruwaibidhoh berkuasa !Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah" ". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu Wahai Rasulullah?" . Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina serta tidak mengerti urusan orang ramai".(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Selamat datang ke zaman ini !

kebuhsanan

help help!!..tolong!!!..
ape nak buat kalo erk tetiba jer rase bosan menyerang????
pernah tak rase bosan ngn kerja korang??oowh tidakkk
rase nak berenti jer..tp nanti enggak ade ongkus mau bershoping..huhuhu
camner nak wt???
tulunnnn!!!!!!!!!!!!!!!!


Wednesday, June 17, 2009

update dr cjaya

06/17/2009
hari nie kena g keja cjaya lagi.
pagi td azie gerak dr umah nanad.kepala memusing2.fenin..rase macam nk mc la pulak.tak tahan dengan banjir yg nak melanda lobang pernapasan nie..huk3..tp sbb kerja punya pasai terpaksa la digagahkan jua diri ini...(tak ikhlas)
sampai opis jer,tade org lagii ...
kena tunggu kt luar la pulok.....
tensionnyerrrrrrrrrrr
tulun...tulun....nk mc.



ps://tensionn...nak mic tp tamo g jumpe incik doc...sape boleh bagi???

Thursday, June 11, 2009

khabar dr cyber

masuk minggu nie dh 2 minggu aku berkejar ke cberjaya..mase 1st week aku g sane aku tumpang umah nanad.masa tu excited la sbb dpt kuar dr opis yg sangat2 la aku syg...hehehe
kat sini bes.sbb aku jadik bos..hahaha.opis nie kosong tade orang.cume ade 2 3 orang jer.tu pasai la bes. leh joli katak.hahaha..kerja pun tade la bayk sgt.sbb byk limitation..tnet lak tak bape nak cihat..jap ok jap down...so lebey relax :D

gambar2 dr cjaya..cantek kan.lanskap die mmg tip top :D




erl

hari nie aku nak test gerak dari shah alam -> cjaya...hehehe..hebat kan.kadang2 terpikir jugak,kenapa aku sanggup bersusah payah travel kesane sini.sbbnyer aku suke jenjalan..hihhi..dari kecik mmg aku suke travel.sonok beb.lgi la kalo mlm2.tgk bgunan yg penuh dengn cahaya,jalan raya yg diterangi lampu2 serta cahaya bulan yg menerangi alam..bes weii..tenang jer.kalo de poblem pn ilang.try la kalo tak caya.hehee.

okok berbalek kepada tajuk diatas.ari nie 1st time aku naik erl..jakun la ckit.mase aku smapai kt central tu..terus g infrmation counter sbb tak sure nk li tket erl tu kat ner..bile akak tu dh tunjukn kan kt ner counter.laju je aku g beli tiket.hihihi..pastu dengan confidentnyer aku turun kt platform bwah.sampai jer kt bawah..alamak..nak tunggu blah mane lak nie..baru aku pasan aku tk bc board td.redah jer la.hahahhaah.cari punnya carik..tak jumpe lak information board die..ade takde pon cuma board yg display schedule jer yg ade..alamak ..tahap kecuakkan sudah semakin naik...ape mau bikin..dengn muke slambar jer aku tanyer sorg minachi nie..hihihi...ade lak aku leh tanyer..excuse me...which platform should i take to go to putrajaya...sambil senyum die ckp..dik sini ade 1 platform jer.yg sane tu (seberang trak) direct to klia..oo erk.hihihii..wt malu jer

nie gambo2 dlm train..sempat lg aku snap.hehhe

Thursday, June 04, 2009

kj la pulak

alhamdulillah ..
ari nie aku selamt smapi ke opis kt kj nie.hehehe....
setelah 2 hari aku berkampung di umah nanad.
ari nie aku balek kj pulak
bes gak keje kr cjaya.
cantek beb..nnt aku upload gmbo2 dr cjaya okies :D